Sunday, February 26, 2012
Face The Reality
Assalamualaikum,dah lama juga ye tak "sign in".Biasalah,sebab takde computer kat rumah.Tapi hari ini,ana dah mula rasa kehidupan "reality".Memanglah pelik sebab ana baru 10 tahun dah berfikir tentang isu "reality".Susah jugak ye,ana tak tahu macam mana keluarga ana dapat alami serta orang yang di luar itu juga.Terutamanya orang yang berpangkat tinggi,perlu ada tanggungjawab sepenuhnya.Jadi ana risau sebab masa kecik-kecik dulu pangkat yang tinggi pun macam pengawas solat,pengawas pusat sumber dan macam-macam lagi.Senang sahaja sebab hanya perlu hadir dan melakukan tugas tersebut.Tujuan ana buat post tentang isu "reality" ini bukan hanya untuk menambahkan ruang membaca tetapi dari sudut cadangan juga.Sebab,ana mula memegang amanah sebagai pengawas,ketua banat TKRS darjah 4.Jadi,ana mula rasa bertambah risau jika ana tersalah guna.Jadi,bagi sesiapa yang membaca post untuk hari ini,ana minta tolong beri pertolongan sebab siapa yang tak nak mengharumkan nama keluargakan.Kalau ada orang yang pernah alami situasi begini ataupun pernah mendapat jawatan/pangkat yang tinggi,tolong ceritakan pada ana kat tempat comment ye.Fuhh...,hari ini panjang jugak ye.Ana rasa itu sahaja untuk hari ini.Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jadikan amanah dan tanggungjawab yg digalas sbg satu cara utk mendekatkn diri kpdNya bukan semata utk mengharumkn nama keluarga..Allah tidak akn bebankn seseorang dgn sesuatu melainkan manusia itu mampu
ReplyDeleteAlhamdulillah, anda masih menjadi hamba yg beriman. Kerana mereka yg beriman sahaja selalu risau dan berasa takut dengan tanggungjwb. Manakala org yg berpenyakit hatinya, seringkali melompat-lompat kegembiraan tatkala mendapat pangkat. Ahha.
ReplyDeleteMaka jangan biarkan rasa 'takut' itu sekadar rasa kosong tanpa adanya tindakan. Maka gunakan rasa takut akan amanah itu, agar anda lebih berhati-hati dalam menjalankan amanah tersebut.
Kesimpulannya. bertakwalah kepada Allah.
kalau di sekolah dulu...kami kalau dapat jawatan, akan diucapkan takziah..
ReplyDeletebukan tahniah macam yang org lain cakap.
macam pelikkan???
tp, itulah hakikatnya, jawatan ini satu amanah. Allah akan tanya. Maka bertambahlah benda yang Allah akan tanya pada kita.
Selamat beramanah!!!!
Hadirkan dalam diri ukhti...Suatu sifat yang teguh dalam melaksanakan Amanah yang diberi oleh Allah SWT.. Janganlah pandang pada jawatan yang tinggi untuk satu toriq dalam bermegah-megah..namun, Jadikan ia suatu beban yang telah Allah SWT berikan pada kita... Paling penting..Niat ukhti kena betul... Biarlah ukhti memegang jawatan ini sebagai salah satu jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT... jadilah seorang ketua yang berjiwa "Leader" bukan berjiwa "Boss"... Sentiasa memohon pertolongan pada Allah SWT..untuk dipermudahkan urusan kita...Dan Salinglah bermuzakarah.. dengan ahli-ahli..yang lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah..Insya Allah...semuanya akan dipermudahkan... barulah ukhti boleh jadi sorang ketua yang hebat seperti "GABAN" Insya Allah.... selamat menjalankan Amanah....
ReplyDeletesalam adik manis! =)
ReplyDeletesatu kelebihan pada adik,
sudah mula memikirkan 'realiti' pada usia yg muda mcm adik.
Jangan lupa laksanakan amanah,
seiringkannya dengan redha Allah.
Selamat menyebarkan bahagia,
bercerita tentang Allah kepada manusia.